Ni haa, mintak perhatian sikit. Sesape yang tak boleh bace post aku neh sebab dilindung oleh iklan nuffnang tuh boleh press CTRL key di ikuti + atau - key untuk zoom in atau zoom out.
Thank You For Visiting My Blog.....................Please do not hesitate to leave your comment or be as follower....................... And please leave your URL/Link, so that I can visit your blog back..................

Wednesday, March 10, 2010

KANTOI..PEMAIN HARIMAU MUDA KENA TIPU HIDUP2 NGAN F.A.M

Haiyaa..baru2 baru ja Malaysia menang gold medal sukan Sea..tapi,baru2 nie dah ditimpa malang pulak..Ditipu majikan sendiri..itulah yg boleh digambarkan kepada skuad Harimau Muda yg bertandang ke Slovakia kononnya utk bermain liga disana....
UNGKAPAN ‘Tipah Tertipu Lagi’ sesuai ditujukan kepada skuad Harimau Muda A. Sama ada disedari atau tidak jurulatih atau pemain skuad bawah 21 tahun itu sebenarnya ‘dikenakan’ majikan sendiri iaitu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan misi ke Slovakia.

Saingan kompetitif Liga Satu Slovakia yang dibangga-banggakan FAM serta peminat bola sepak tempatan sebenarnya palsu semata-mata.Sebaliknya dua perlawanan diharungi Harimau Muda A setakat ini termasuk baki 12 perlawanan lagi bukannya perlawanan liga tetapi sekadar perlawanan persahabatan.
Perkara ini terbongkar apabila Pengurus Komersil kelab Slovakia MFK Ruzomberok, Michal Mertinyak mengesahkan bahawa perlawanan antara kelabnya dengan Harimau Muda A Sabtu lalu adalah perlawanan persahabatan yang tidak memberi sebarang mata dalam liga sekali gus bercanggah dengan apa yang dijelaskan FAM kepada pihak media tempatan sebelum ini.

“Perlawanan Malaysia U21 (Harimau Muda A) dengan MFK Ruzomberok B hanyalah perlawanan persahabatan jadi MFK Ruzomberok B tidak mendapat mata dari perlawanan itu,” jelasnya ringkas menerusi kiriman e-mel semalam.

Kenyataan ini dilihat tidak boleh disangkal memandangkan nama Harimau Muda A yang beraksi menggantikan kelab ZP Sport Podbrezova bagi menghabiskan baki 14 perlawanan kelab itu yang menarik diri, masih tiada dalam senarai kedudukan terkini liga di laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Slovak (SFZ) serta dalam laman web pasukan lain yang bertanding.

Ini membuktikan pemergian Harimau Muda A sebenarnya bukan atas tiket menyertai liga itu tetapi sekadar mengisi kekosongan masa pasukan yang tidak beraksi kerana penarikan diri ZP Sport Podbrezova.
Sedangkan apa yang dikhabarkan Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad sebelum ini bahawa lawan pasukan negara akan mendapat mata pada setiap perlawanan ‘kompetitif’ di kaca mata badan induk bola sepak tanah air itu.

Malah lebih mengejutkan, FAM tidak keberatan melabur sejumlah wang yang besar apabila membayar semua perbelanjaan kelab Slovakia bagi setiap perlawanan persahabatan itu.

Sedangkan Azzuddin sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa FAM bukan bodoh menanggung perbelanjaan pasukan yang akan bertemu dengan Harimau Muda A sepanjang lebih tiga bulan berada di sana.

“Maklumat yang saya terima, Malaysia (FAM) membayar perbelanjaan kelab-kelab Slovakia yang terbabit dalam perlawanan persahabatan itu. Saya tidak mendapat maklumat terperinci mengenai jumlah bayaran yang dikenakan kerana perjanjian itu diuruskan Kesatuan Kelab-Kelab Liga Slovakia (ULK),” katanya.

Harimau Muda A berpangkalan di Vion, Slovakia, sejak 21 Februari lalu dan mengharungi perlawanan ‘liga’ pertama dengan Sala yang berkesudahan memihak kepada pasukan lawan 4-1 dan kemudian tumpas 2-0 di tangan MFK Ruzomberok B Sabtu lalu.

Skuad itu yang menjuarai Liga Perdana musim lalu dihantar ke Slovakia selepas mereka diibaratkan oleh Azraai seperti merempat di bumi sendiri kerana tidak dibenarkan beraksi dalam Liga Super musim ini.



Do Click The Nuffnang ^.^ Thank You

Link Exchange


|KeRpLuNk!| Corporation © 2008. Sponsored by: Petr Ikhwan | A7X | Petr Ikhwan. Thanks to blogger templates