Kemarin,dalam pukul 2 setengah pagi aku dikejutkan oleh jeritan abah aku yang memanggil aku..aku yang tgh syok tidoq jd terkejut la..aku ingat pencuri ka masuk rumah..taw2 rupanya rumah tok aku yg terletak lebih kurang 10M ja dari rumah aku terbakar.. time tu kelam kabut sangat..aku tgk paksu aku memapah tok aku keluar dari rumah..
Time tu aku sedih sangat..tak boleh nak buat apa sebab api dah marak sangat...nasib tok aku sedar time tu dan terus gerak paksu aku yang tido di bilik sebelah bilik dia..time tu pun,mereka mengambil masa lebih kurang 5minit utk keluar dari rumah sebab panik mencari kunci...apa2 pun aku syukur sangat sebab xda sesiapa yang terkorban..
Time kebakaran tu aku ingat memang nak rakam jer..tapi apakan daya,time tu aku sedih sangat..tengok rumah tu habis dimamah api..hati aku time tu pun jadi remuk sangat..sebab rumah tu boleh la dikatakan sebagai rumah kedua aku..sejak kecil lagi aku selalu pi lepak2 kat situ..tak sangka rumah yang tok wan aku bina 30 tahun dulu kini hanya tinggal kenangan..time tu aku sedih sangat..aku juz nangis sorang2 jer kat satu tempat..punah sangat hati aku..kamera yang aku pegang tu aku masukkan dalam poket seluar aku..tak sanggup nak rakam detik tu..
Aku juz boleh tengok jer rumah tu sikit2 dimakan oleh api..tak boleh nak buat apa..api terlalu besar sangat sebab kebakaran tu start dari tingkat atas rumah...tambahan pula ada dua bijik tong gas kat dalam rumah tu..aku tengok abah aku gelabah dan nangis sebak tgk rumah yg dulu dia membesar musnah macam tu saja...abah aku dan la selamatkan kereta yang ada kat garaj rumah tok aku tu..time tu aku sedih sangat tengok abah aku..selama nie aku xpenah tgk abah aku nangis sampai camtu..
Ni haa, mintak perhatian sikit. Sesape yang tak boleh bace post aku neh sebab dilindung oleh iklan nuffnang tuh boleh press CTRL key di ikuti + atau - key untuk zoom in atau zoom out.
Saturday, February 20, 2010
KEBAKARAN RUMAH TOK AKU
Musnah terus..xda satu pon yang tinggal
YB Salleh Man turut tampil memberi sumbangan kepada Paksu aku dan jiran yang rumahnya turut rosak terkena haba api..
KEPADA YANG INGIN MENGHULURKAN BANTUAN..SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KEPADA ABD MANAB BIN AYUB KEPADA AKAUN MAYBANK BERIKUT 157250018543
Bahagian ruang tamu luar yang menjadi tempat aku bermain time kecil2 dan juga tempat aku membaca surat khabar..
Pemandangan dari bahagian depan dan belakang rumah tok aku..
Bahagian dapur..disitu aku dapat lihat rangka2 seperti peti ais..mesin basuh pon juz tinggal motor ja.. bak kata orang tinggal sehelai sepinggang ja..
Rumah kaler oren itu turut terkena tempias..tingkap rumah tu habis pecah kerana terkena haba dari api yang begitu kuat..dua motosikal milik jiran aku turut rosak..bahagian body motosikal tu jadi lembik..
Labels: [TRAGEDI 19 FEB 2010]
Dikarang oleh Petr Ikhwan pada 11:12 PM
KEBAKARAN RUMAH TOK AKU
2010-02-20T23:12:00+08:00
Petr Ikhwan
[TRAGEDI 19 FEB 2010]|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)