Setelah menyaksikan beberapa peraturan baru, kehadiran pemandu baru dan pasukan baru, keputusan di Litar Sakhir itu sudah pun dijangka walaupun pada awalnya ramai yang beranggapan saingan kali ini lebih terbuka.
Walaupun turun sebagai pasukan pilihan, Ferrari bagaimanapun tersentak seketika apabila pemandu Red Bull, Sebastian Vettel yang bermula di petak hadapan, bermula garang dengan menguasai separuh pertama perlumbaan semalam.
Begitupun, kerosakan pada ekzos jenteranya menjadi penghalang buat pemandu Red Bull itu mengekalkan penguasaannya, sekali gus menyebabkan dia kehilangan hampir dua saat sepusingan.
Malah, masalah teknikal itu juga menyebabkan dia dipintas Alonso pada pusingan ke-34 sebelum diikuti Massa yang kembali semula beraksi di litar sejak mengalami kemalangan pada GP Hungary Julai lepas.
Kemudian tiba giliran pemandu McLaren, Lewis Hamilton pula yang memintas Vettel untuk menduduki tempat ketiga manakala pemandu Jerman itu pula hanya mampu bertahan beberapa pusingan saja sebelum dihampiri Nico Rosberg.
Pemandu Mercedes GP itu bagaimanapun gagal memintas Vettel yang akhirnya berjaya mengekalkan kelebihannya itu sebelum melepasi garisan penamat di hadapan rakan senegaranya itu.
Michael Schumacher pula mengutip mata pertamanya sejak kembali beraksi dalam perlumbaan F1 dengan menamatkan saingan di tempat keenam di hadapan juara dunia 2009, Jenson Button, Mark Webber, Vitantonio Liuzzi dan Rubens Barrichello.
Sementara itu, saingan pembuka tirai semalam juga merupakan hari malang bagi dua pendatang baru F1 selepas tiada seorang pun pemandu pasukan Hispania dan Virgin mampu menamatkan separuh pusingan perlumbaan, apatah lagi untuk melepasi garisan penamat.
Satu lagi pendatang baru, Lotus pula turut mengecewakan apabila mereka hanya mampu menduduki tempat ke-16 dan ke-17, namun sekurang-kurangnya tetap berjaya menghabiskan perlumbaan tersebut semalam.
** Aku pon xtaw kenapa..F1 race skank dah jd cam xmenarik walaupun team Malaysia dah join F1 ..F1 skank nie dah sma standard ngan A1 la..boorink..semalam sja fastest lap pon 1m 58s jauh beza ngan dulu 1m 37s..design pon dah xmenarik..tambahan pulak KIMI RAIKKONEN dah blah masuk rally pulak..lagi cam serr ar..kah3