Tanggal 5hb November yakni merupakan Jumaat minggu lepas, gua ada join satu kem yang dianjurkan oleh Curtin Geology Club. Dengan bayaran sebanyak RM35, gua dapat bercamping kat sana selama...errr..selama dari hari petang Jumaat sampai petang hari Ahad. Hampa kan pandai Math, hampa kira la sendiri. Kah3!
Bertolak dari Miri lambat seperti yang dijadualkan sebab Curtin mengcancelkan basnya untuk disewa di saat-saat akhir. Terpaksalah ada sorang senior aku Prem, budak India bertungkus-lumus nak cari transport pulak. Kesian aku tengok, dahla hari tu Deepavali. Last2, susah-susah sangat, sewa kereta ja..Lebih kurang Avanza la. Semua 30 orang pegi, dengan 3 biji kereta tapi tak cukup, so kena la buat second trip.