Ni haa, mintak perhatian sikit. Sesape yang tak boleh bace post aku neh sebab dilindung oleh iklan nuffnang tuh boleh press CTRL key di ikuti + atau - key untuk zoom in atau zoom out.
Thank You For Visiting My Blog.....................Please do not hesitate to leave your comment or be as follower....................... And please leave your URL/Link, so that I can visit your blog back..................

Thursday, December 30, 2010



Akhbar popular Indonesia KOMPAS, kali ini memainkan isu lain setelah Timnas (Team Nasional) Indonesia bagaikan Garuda yang patah sayap di dalam Kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 apabila kepaknya dirobek-robek oleh Harimau Malaya dan menyaksikan penyokong pasukan bola sepak kebangsaan negara Indonesia kecewa menyaksikan pemain-pemain bola sepak dari Pasukan Malaysia yang girang merangkul Piala Suzuki AFF di stadium mereka sendiri.

Di dalam tajuk utama KOMPAS bola, "Lho, Juara AFF Keturunan Orang Indonesia" akhbar itu ingin menggambarkan kepada rakyat bahawa Indonesia sebenarnya dikalahkan oleh bangsa Indonesia sendiri. Mungkin terlalu kecewa sesudah tewas kepada Malaysia, maka akhbar itu mendakwa bahawa Malaysia sebenarnya menggunakan khidmat pemain keturunan Indonesia untuk merangkul Piala kejohanan tersebut.

Apa yang harus diketahui, tidak dinafikan ramai rakyat Malaysia yang berasal dari Indonesia, malah boleh dikatakan sebilangan besar rakyat Malaysia merupakan keturunan pendatang dari negara-negara jiran. Kami di sini tidak pernah menolak kenyataan itu. Kami di sini juga tidak malu atau segan untuk mengakui asal usul kami yang sebilangan besar dari Indonesia. Kami akui bahawa bangsa Malaysia dan Indonesia adalah 'serumpun'.

Bila kalah lawan bola boleh pula mengaku ada pemain Malaysia yang berasal dari Indonesia, namun saat mereka ingin mengganyang Malaysia dengan pasukan buluh runcingnya, dengan persatuan Benderanya, mereka lupa bahawa ramai rakyat Malaysia yang berasal dari Indonesia. Semoga kekalahan Indonesia ini akan menyedarkan dan memberi perubahan kepada konflik Indonesia-Malaysia ke arah yang lebih positif.

Sukan, sukan punya ceritalah, perang di Palestin dan Afghanistan boleh berhenti kerana Piala Dunia, takkan kerana bola penyokong Indon dan Malaysia nak berperang pula.



Do Click The Nuffnang ^.^ Thank You

Thursday, December 23, 2010

Cargas Cargas

Haihh, dekat dua minggu tak update blog. Semua nie tak lain tak bukan angkara Maxis Broadband Berokband yang selalu dok buat pasal. Kejap laju, kejap lembab. Yang problemnya, lagi lembab dari dial-up. Arghhh!! Tensyennya hanya Ahmad Albab yang tahu. *??
gerammm!!!

Result aku pon dah keluar minggu lepas. Alhamdulillah, dapat jugak aku balik Miri kembali. Huahaha. Hope sem 2 dapat lagi better dari sem 1. Cakap pasai Miri, terfikirla pasal kena balik. Bila fikir pasai balik, terpaksala fikir pasai tiket flight pulak. Haihh! Habis duet aku. Tapi, seb bek murah. Takpala, habis satu hal. Elaun yang selebihnya, jom kita enjoy!! Haha

Hmmm, harini satu lagi pagi yang indah. Sebab aku tak tidur lepas semayang subuh. Sebelum nie aku tidur pas semayang. Sebab tu tak tahu pagi tu indah ka tak. Sedaq-sedaq, rasa nikmat sunshine dah. Tengahari yang indah! Huhuhuh! Bukan apa, ada sebab musabab aku tak tidoq. Satu sebab adik aku nak amik result PMR japgi. Haaa, padan muka..Huahaha. Second, sebab line dah ok balik. Boley update blog, update news dll.

Apa-apa pon gudlucklah kepada semua calon2 PMR yang nak amik result harini. Especially kepada adik aku Syafiq. Tak lupa juga kepada ex-adik2 homeroomku kat MRSM Lik-Lau dulu, Hanis, Najihah dan Syazwan. Moga dapat result yang terbaik! Buat rileks sudah. Tak ada apa pon benda ni. Kah3!(berpengalaman ambik result upsr,pmr dan spm). Nanti halo2 sama saya, saya belanja makan. Haha! *kaya. Dapat result gempaq nanti pi la blah dok jauh2 ckit. Kah3! Bukan apa, at least boleh la jugak merasa dok kat tempat orang. Kan3

Hmmm, ok lah. Sampai sini saja. Nak pi layan cita siam sat, Leurd Kattiya aka The Princess. (the most unforgetful drama i've ever watched). Download bulan puasa yang lepas. Tapi masih tak boring-boring menonton. Sedih sungguh! Isk2. Bukan apa, cita nie ada kat tv2 satu ketika dahulu *darjah 6. Tapi skali-skala saja tengok sebab selalu ada kelas tambahan -______-
So, kena la qadha balik. Hahah! Oh, beautiful Dara, gojes Anothai! Korang memang kapel terhebat *belakon jela. Realiti dorang tak kapel. So sad :( Kalah Jack dengan Rose owww..Hahaha


cutenya Dara! Gojesnya Anothai!

so sweet!

p/s - tetiba minat kat awek siam pulak..



Do Click The Nuffnang ^.^ Thank You

Sunday, December 12, 2010

Promosi Hebat : Jom Celebrate Christmas!

Kalau korang semua nak tahu 25.12.2010 neh akan diadakan sambutan perayaan christmas. Perayaan neh memang gempak. Rugi la pada sapa-sapa yang taknak join tue. Untuk menjayakan misi satu malaysia, kita rakyat malaysia kena saling bantu-membantu. Kita jangan jadi kera sumbang dan berlagak tak tentu pasal. Raya kita, raya mereka. Raya mereka, raya kita juga. Inilah kebebasan menyambut perayaan. Kita masyarakat majmuk. Rakyat malaysia kena hormat dan saling terima menerima budaya, bukan agama. Sebab itulah aku nak menjemput korang semua untuk menjayakan parti krismas neh. Cuba korang tengok poster event kat bawah neh.. 



Do Click The Nuffnang ^.^ Thank You

Friday, December 10, 2010

Hanya Di...

Foto Menarik Dan Unik Dari Beberapa Bahagian Dunia

Menarik. Ia hanya terdapat di negara yang disebutkan dan tidak mungkin atau sekurang-kurangnya terlalu sukar untuk ditemui di tenpat lain.

Lihatlah beberapa foto di beberapa negara ini sungguh unik dan boleh membuat kita terpegun melihatnya..Peristiwa-peristiwa tersebut hanya boleh terdapat  di Australia, China, Hawai, Indonesia, India, Texas, Thailand, Jepang, dll... dan sukar untuk ditemukan di negara-negara lain.




Hanya di Australia


Hanya di China



Do Click The Nuffnang ^.^ Thank You

Thursday, December 9, 2010

7 Masjid Berkubah Emas Di Dunia

1. Masjid Qubbah As Sakhrah / Dome of the Rock di Jerusalem, Palestin
Masjid Qubbah As Sakhrah atau di kenal dengan Dome of the Rock dibangun pada sekitar tahun 690M oleh Abdul Malik bin Marwan yang merupakan salah seorang raja dalam bani Umaiyah dan kemudian diikuti dengan pembangunan Masjidil Aqsa yang selesai pada tahun 710M. Masjid ini dahulu, di anggap sebagai masjid Al Aqsa. Sebahagian orang juga menganggap bangunan ini bukanlah masjid melainkan hanya tumpukan batu besar.



2. Masjid Al-Askari di Samarra, Iraq 

Masjid Al-Askari merupakan masjid syiah yang dibina pada tahun 944 M. Masjid ini terletak di kota Samarra, Iraq. Namun sayangnya masjid ini hancur pada bulan Februari 2006 akibat pencerobohan Amerika terhadap Iraq.
3. Masjid Suneri, Lahore, Pakistan 

Masjid Suneri memiliki 3 kubah emas. Satu kubah utama, 2 lainnya di sisi kanan dan kiri. Masjid ini didirikan oleh Nawab Syed Bhikari Khan, anak Wakil Gabenor Lahore pada tahun 1753 M.



Do Click The Nuffnang ^.^ Thank You

Wednesday, December 1, 2010

Kelab Bola Sepak Paling Bangang Di Dunia


Kelab bola sepak paling tak kuat dan merangkap kelab paling bangang dilaporkan oleh Kosmo Online hari ini. Macam susah nak percaya, tapi itulah hakikatnya. Ada juga kelab bola sepak seteruk ini di eropah. Ingat Kelab bola di Malaysia dah paling teruk, rupanya ada lagi yang lebih teruk, sampai nak ambil gambar pasukan bola pun malu.

LONDON - Kelab bola sepak Britain yang selalu kalah dengan jaringan besar, Madron FC menunjukkan sedikit peningkatan apabila ia hanya kalah 22-0 pada Sabtu lalu selepas mencipta sejarah tewas 55-0 pada minggu lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Walaupun terdapat peningkatan, cuma penjaga gol, Gavin Hall dan tujuh lagi pemain sahaja yang bersetuju untuk merakamkan gambar berpasukan manakala tiga lagi tidak mahu kerana terlalu malu.

Kelab itu kalah kesemua 11 perlawanan dengan memberikan 227 gol kepada pihak lawan namun ia bukannya pasukan tercorot dalam Liga Cornish Mining kerana terdapat beberapa kelab lain yang dipotong mata. - Agensi


 "Terer sangat masuk paper, teruk sangat pun masuk paper..."





Do Click The Nuffnang ^.^ Thank You

Link Exchange


|KeRpLuNk!| Corporation © 2008. Sponsored by: Petr Ikhwan | A7X | Petr Ikhwan. Thanks to blogger templates