Ni haa, mintak perhatian sikit. Sesape yang tak boleh bace post aku neh sebab dilindung oleh iklan nuffnang tuh boleh press CTRL key di ikuti + atau - key untuk zoom in atau zoom out.
Thank You For Visiting My Blog.....................Please do not hesitate to leave your comment or be as follower....................... And please leave your URL/Link, so that I can visit your blog back..................

Sunday, May 23, 2010

uNtitLeD



 

Warghh!! Ngantuk betol la ari nie. Dah la dah dua hari dah tak online. Tak larat giler nak tulis pasal chapter yang dah lepas kat sini. Tapi apakan daya. Rm500 punya pasal Hak2. Disebabkan bapak aku jugak tengah online sekarang nie, jadi aku xboleh la nak online. Sebab rumah aku nie ada satu jer berukband..!! Terpaksalah aku karang dulu kat Word Blog Post. Senang sikit. Nanti bila on9,just publish jer. Hak2.

****************************************************

Cakap mengenai communication medium nie,selalunya aku mesti la mostly guna SMS ataupown phone. Kalu nak twittering atau facebooking satu kerja la pulak nak kena bukak laptop,connect internet dulu. Tak ke menyusahkan? Hak2. Positive and negative? Positivenya sebab senang la nak guna. Anytime,anywhere. Negativenya pown sebab anytime,anywhere jugak. (anytime tu kalo ada kredit jer la. Kalo anywhere pulak kena tengok coverage dulu bai. Kalo dok kat hulu tu sori to say lah.)

****************************************************
Social networking make life better or worse? Yang nie aku rasa masing2 punya opinion la. Bagi aku ada yang betternya dan ada jugak yang worsenya.

Yang better:

         Boleh kenal or meet new frenz..

         Dapat tahu atau share info2 yang latest..

         Dapat mentightkan hubungan aku ngan kawan2 aku.

         Mengelakkan kita drpd tergolong dalam org2 yg ketinggalan zaman. :-}


 


Yang serrnya:
         Menyebabkan aku dapat penyakit baru (insomnia)
         Orang len dapat tahu info sal diri kita.
         Menyebabkan aku addicted dan gila-meroyan. Huaha..
         Membuatkan diri aku yg sebelum nie kuat dan bertenaga menjadi kondom mandom. Isk2. (sori,terpikir menda laen pulak)
****************************************************

Buat masa nie aku ada banyak social networking site. Antaranya:

         Tagged
         Facebook
         Last.fm
         Twitter
         Formspring
         MySpace
         Friendster
         Blogger
         Hi-5
         Err..apa lagi yang ada?
Sebab aku buat? Macam aku cakap tadi la. Tak nak ketinggalan. Satu gi sebab aku nak try sesuatu yang baru.
****************************************************

Dalam sume2 tu yang paling banyak frenz aku collect, Facebook lah(300++ camtu kowt). Yang paling sikit pulak Twitter. Dua ratus orang ja. Isk2. Someone add la aku..!! 80% frenz aku kat situ sume frenz aku la. Hak2. 19% lagi orang yang tak dikenali. Lagi 1% pulak org yg buat2 kenal ngan aku padahal hakikatnya memang xkenal.. Kah3. Dalam banyak percent nie pulak, setelah ditolak,didarab dan dibahagi, 5% telah diisytiharkan sebagai close frenz.

****************************************************

Aku prefer nak jumpak new people secara online lah bai. Takkan terus nak face-to-face..?? Malu lah I. Kena kenal2 dulu. Sembang2 dulu. Siasat dulu samada dia nie penjenayah ke,perisik maklumat ke xpown kaki songlap ke. Hak2. Tapi camna nak tahu ar? Aku pown xtahu lah. Korang piker lah sendiri. Cam xrelevan jerk. Hak2.

****************************************************
Sekian,to be continued again….



Do Click The Nuffnang ^.^ Thank You

Thursday, May 20, 2010

Family And Friends!!



Family aku? Err..yeah..family aku mengandungi seramai 7orang semuanya. My parent, aku dan 4org adik. Dua lelaki dan dua perempuan. Aku nie anak sulong la. Jadi,aku rasa xpayah dah kot nak tulis pasal diri aku,sebab aku dah tulis pasal tu kemarin. So, aku nak cite sal member2 lam family aku lak. First of all mesti la cite sal ketua keluarga aka bapak aku dulu. Nama bapak aku Zainol Bin Ayub. Tapi kat rumah,aku juz panggil dia abah jerp. Dia nie seorang yg pendiam tp caring. Pada umo 31 tahun ,dia telah kawen dengan awek idamannya iaitu mak aku yg bernama Rosliza Bt Mohamed. Mak aku nie tailor. So,sesapa yg nak upah baju tu mai la umah aku ek?



Ok,adik aku yg first nma Syafiq. Tapi aku panggil dia Apit ja. Dia nie skolah kat SMK Pmtg Tok Jaya(model Khas). Dia nie jugak adalah salah seorang mangsa exam PMR ujung tahun nie. Masa UPSR dia skor dan dpr twrn ke STAR. Tapi dok 2minggu dah xtahan lalu balek dok sini semula. Dia nie dok asrama,so time dia balek cuti,aku dan la bawak dia hangout kat mna2 pown. Keliling kampong ka, ronda shopping complex ka, xkesah la. Janji hangout. Adik yang second nma Farhana. Muda setahun dari Apit tadi. Dia nie seorang yg kuat makan. Huaha. Time kecik2 dulu,dia nie la selalu jadi mangsa wrestling aku,sebab dia nie ketegaq cket. Kah3.

Ok,adik yg tird nma Fendi. Dia skolah sma jugak dengan Apit nieh. Bru darjah empat. Dia nie jenis budak xreti dok diam cket. 24jam ckp. Kata orang2 sains nie,err.. Hyperactive. A'ah. Memang xreti dok diam. Naseb la time darjah tiga dia dpt twrn gi dok hostel. Tenang cket aku dok lepak kat rumah nie. Hak2. OK,yg last skali nma Syafinaz. Dia nie baru umor 5tahun. Tapi badan dia nie kecik cket. Macam budak umor 3thn jer. So, aku slalu la dok angkat dia buat superman sebab dia ringan. Tak la lengoh tangan aku nak hawin. Hak2.


*************************************************************************


 ~Frenz~

Kawan@Sahabat. Bagi aku dua perkataan nie sangat jauh maknanya. Kawan nie, sume orang boleh dapat. Macam aku nie, macam2 kawan aku ada. Kawan kat skolah,kat kampong,kat internet dan macam2 lagi. Kalu nak kata bestfriend tu banyak la nak sebut. So, kat sini senang2 aku juz sebut pasal sahabat jer. Tak semua orang kat dunia nie mempunyai sahabat. Sahabat nie seorang xboleh menjadi kawan kita xkira samada kita dalam keadaan sedih atau gembira. Dia sanggup tolong. Korang sume ada ramai kawan kan? So,aku rasa mesti korang sedar yang xsemua kawan tu sangat amik berat pasal kita. Aku boleh kira bertuah la sebab mempunyai sahabat. Setakat nie baru dua orang. Tapi, itu masa time aku still study kat MRSM la. Skank nie dah jarang jumpak sebab semuanya tinggal jauh2.



Tapi bestfriend aku tetap ada. Tempat melepaskan tensyen,enjoy dan juga tempat aku untuk wat gila2. Sebab bestfren aku nie semuanya gila2. Satu kepala ngan aku.Kami slalu la jugak dok hangout. Tengok wayang ke,usha awek ka. Hahha. Mereka nie la jugak yang selalu membantu aku,kalo aku ada masalah. Tak kira lah,masalah keluarga ke, pembelajaran ke, xpon masalah ekonomi global. Tak jadi masalah bagi diorang. Nie la baru bestfren. Hak2.


*************************************************************************

When u meeting new people. How do u describe urself? Err..aku xpernah la pulak describe diri aku,bila jumpak new people. Bagi aku, orang tu boleh nilai sendiri aku nie macammana dengan tengok dari luaran aku ja kot. Cara bercakap dgn org len, penampilan dan sebagainya diorang leh nilai sendiri. Jadi aku rasa bab nak describe pasal diri aku nie xtimbul la.


*************************************************************************

Pentingkah identity? Bagi aku,benda nie absolutely no la. Memang xdinafikan setiap orang mempunyai identity masing2. Tapi aku xkesah sangat sume tu. Bagi aku,tak kira lah siapa pown orang tu,dan juga identitinya,kawan2 nie tetap kawan. Contoh cam aku nie. Aku nie budak low profile jer. Tapi aku xkesah semua tu,sebab kawan2 aku jugak xkesah pasal identity nie. So,senang cita soal identity nie xpernah timbul la dalam hidup aku sepanjang aku berkawan ngan member2 aku.



*************************************************************************

~Tengok..mesra jer..~



Religion affect your choice of friends? What? No lah. Absolutely nonsense..!! Malaysia nie memang mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa,agama dan juga budaya. Aku rasa masalah nie mungkin terjadi pada zaman nenek moyang kita dulu. Itu pun mungkin sebab mereka semua masih janggal atau tidak biasa tinggal bersama dengan bangsa2 lain. Tapi sekarang, aku rasa benda dah lapok kot. Remaja sekarang nie rasa aku lebih open minded la. Skank nie pown pelbagai langkah diambil oleh government utk menyatupadukan masyarakat xkira agama agar kita semua merasakan macam kita nie satu bangsa. Tak ada jurang antara satu sama lain. Tambahan pulak sekolah kebangsaan sekarang nie juga mempunya pelbagai kaum. Kat maktab aku pown ramai jugak orang yg tidak sebangsa dan seagama dengan aku. Chinese,Indian,Sikh, Siamese sume ada. Tak adala pulak kes2 pulau-memulau ke,apa ke. Peace and harmoni ja. Hak2. Aku rasa banyak kebaikannya bila kwn dgn org yg xseagama atau sebangsa. Benda ape? Korang piker la sendiri. Aku dah alas nak taip de.



*************************************************************************

 
How do you and your friends like to categorize people of your age group . i.e EMO, Skater, JPop, KPop fanatic, Hip Hop, Goth, freak, geek, shutterbug, others? What are the three most popular groups/looks amongst you and your friends?



 METAL!!

Ntah la. Aku nie xtahu-menahu sangat sal mende cam nieh2. Xminat. So,bab nie aku no komen. Korang boleh la baca blog2 orang len untuk tahu sal mende2 camni. Ok. To be continued….



Do Click The Nuffnang ^.^ Thank You

Wednesday, May 19, 2010

AKU DAN REMAJA

 Dalam post lepas aku dah gtaw sal blogging project tu. So, nilah hasilnya. Tapi aku juz copy paste jer dari blog yang ori. Nak tengok blog yang ori klik sini
Hallo guys! First of all kat sini,mesti la aku nak introducekan diri aku dulu. Nama aku Syazrul Ikhwan. Nickname aku kat sini lak Petr Ikhwan. Kalo member2 kat kampong nie just panggil aku Caon jer. Umor aku baru 17 thn. Nak masuk 18 la hujung bulan 8 nie. Aku nie salah seorang daripada bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau. So, skank nie aku tengah tunngu la keputusan scholarship JPA yang aku mohon aritu. Aku dapat dalam bidang ICT kat US. Hope aku dapat la de.. Huahaha. Jadi, aku rasa cukup kowt. Kalo nak berkenalan ngan aku ie boleh la add aku kat facebook.
Kat sini jugak aku nak ucapkan trimas kat youthsay kerana telah memilih aku dalam blogging project nie..Huahaha. Bertuah gile sial aku nie. Jadi,enjoy lah korang bca hujah2 aku ek,walopon aku nie xreti sangat nak bagi idea2 tentang menda2 camni. Hak2
*******************************************************************
Remaja sekarang nie rasa aku sangat2 la bertuah kerana dilahirkan dalam keadaan sempurna dan serba canggih. Apa yang diorang nak sume ada. Nak laptop,handphone, moto dan macam gajet2 len sume leh dapat. Cuma perlukan $$$ jer. Hahha. Namun dalam arus pembangunan yang serba moden nie, remaja juga menghadapi banyak saingan sesame mereka sendiri. Tak kira la saingan dalam mende ape pown. Tapi kat sini aku nak gitahu saingan dalam pembelajaran jer.
Aku rasa remaja skank nie amatlah bertuah coz dapat study dengan keadaan yang complete dan selesa. Penciptaaan melalui pembangunan tekonolgi seperti computer sangat menyenangkan pelajar skank. Nak wat assignment ke ,nak cri maklumat ke,sume boleh. Cuma bergantung kepada pelajar atau remaja tu sendiri je yang perlu pandai memanfaatkan menda2 nie sume utk membenunkan diri mereka dan juga negara pada masa akan datang.
*********************************************************************
Memang menjadi kebiasaan lah apabila remaja mula menentang. Tak kiralah remaja zaman dulu ke, sekarang ke, masa akan dating ke. Bila tiba time remaja je secara otomatik lah mereka mula nak me’rebel’. Ini mungkin kerana time2 cam gini sel2 otak mula matang dan membuatkan mereka dapat berfikir untuk membuka mata dan minda untuk mempersoalkan setiap benda yang berlaku di depan mata mereka. Bagi aku, tak salah remaja sekarang nie nak me’rebel’ asalkan benda tu membawa kebaikan kepada diri mereka. Perlu la piker secara masak2 dulu sebelum nak doubtkan sesuatu perkara. Jangan nak bantah ikut sedap kepala hotak diorang jer. Hak2. Contoh macam aku nie. Ada banyak perkara yang aku nak bantah. Ada dua perkara ja yang ada dalam kepala hotak aku skank nieh yang aku nak doubt:
1)      Kalo time pilihanraya barulah sume orang tergedik2 nak bagi sumbangan macam2. Projek mega la,giga la, sume ada. So, kalo kat tempat aku nieh, nak tunggu wakil rakyat mati barulah nak mai wat projek kot?
2)      Apasal kerajaan tak selaraskan tarikh pengumuman tawaran untuk melanjutkan pelajaran bagi pelajar lepasa SPM? Ini sangat menyusahkan. Contohnya, aku sendiri. Aku dapat matriks dan IPTA. Tapi aku amik risiko dengan menolak matriks untuk menuggu result scholarship JPA nieh. Sangat memeningkan kepala.
Hope pihak berkenaan dapat la menyelesaikan masalah nie sebelum remaja2 cam aku nie memberontak! Kah3. Seriyez jer.
****************************************************************************
Kita semua tahu yang zaman sekarang nie sangat canggih. Berbanding zaman dulu persaingan antara remaja tak macam zaman sekarang. Remaja zaman sekarang nie lebih advance dan cepat belajar kerana dibantu dengan teknologi2 canggih dan sistem pembelajaran yang lebih baik dari zaman dulu. So, remaja sekarang nie perlu lebih berusaha untuk menempatkan mereka dalam kelompok terbaik dalam kalangan terbaik. Ini sangat2 penting kerana ialah penentu masa depan. Kalu dulu kalo exam bagus sikit jer dah boleh dapat gi oversea. Sekarang nie kalu dapat 10A++ pown belum tentu leh dapat. Terpaksa kena buat saringan seperti interview la, kokorikulum la,dan macam2 lagi. Memang mencabar. Tapi tak apalah. Persaingan sihat! Hak2

***************************************************************************
Perkara yang aku takut selain mati. Macam2 takut yang ada dalam kepala hotak aku. Masa kecik2 dulu aku takut hantu. Skank dah xda dah. Skank nie menda yang membuatkan aku takut adalah polis. Hahha. Kan korang xtahu kan kes2 yang jadi sekarang nie. Aku nie suka la jugak nek2 moto ronda2 la. Dalam tu,takut la jugak aku, kalo aku wat apa2 kesalahan kat jalan raya xpasal2 kena headshot sebijik. So, aku nak nasihatkan remaja2 kat luar sana dan diri aku sendiri agar behenti lah apabila polis suruh berhenti. Kang tak pasal2 makan peluru la korang. Hak2.. Statement nie saja je nak lelawak yer. Menda yang aku takut mestilah masa depan aku. Aku tak tahu apakah aku pada masa akan dating. Jadi manusia lagikah aku nie? Kaya ke? Dan macam2 lagi. So,aku kenalah prepare diri aku start dari sekarang!!
****************************************************************************
Mende yang membuatkan aku hepi?
1)      Kalo aku dapat scholarship JPA
2)      Dapat jumpa awek
3)      Kalo dapat beli graphic card baru untuk PC aku nieh
4)      Dapat result gempak dalm exam
5)      Jumpak kengkawan
6)      Chelsea menang EPL!!
****************************************************************************
Perkara paling sukar dalam hidup saya sekarang:
1)      Menunggu keputusan SPM diumumkan
2)      Nak mintak kerja
3)      Nak luahkan perasaan aku kat bapak aku (kalo emak biasa)
Menda2 nie sume mengajar aku supaya jadi seorang yang tabah dan sekali-sekala aku perlu wat muka tak malu untuk wat sesuatu benda.
******************************************************************************
Mana lebih penting? Family  ke friends? Of coz la both. Mana boleh kehilangan salah satu. Kalo nak hilangkan tensyen ke pape selalunya friends la jadi mangsanya. Ajak gi lepak2 ke. Tengok wayang ke. Hahha. Dalam pelajaran pown banyak gak membantu. Kalo family nie lebih cenderung untuk bagi kata2 semangat dan perkara2 yang lebih penting. Mereka jugalah especially parent yang akan mendidik kita supaya menjadi seorang yang berakhlak dan berguna kepada masyarakat.
******************************************************************************
So,stakat nie jer yang aku boleh coret. Terima jalah coretan aku yang xseberapa nieh. Aku mintak maaf kalo esei aku nie mengguris hati sesiapa yang membacanya. Ini kerana tak ada manusia dalam dunia nie yang sempurna. Aku juz nak kongsi pendapat jer.
RADJA-TAK ADA YANG SEMPURNA
"Tak akan mungkin malam selamanya gelap
Masih ada waktu melakukan yang terbaik
Tak ada manusia yg sempurna, oh
Cuma hanya bisa melakukan rencana
"



Do Click The Nuffnang ^.^ Thank You

Monday, May 17, 2010

JOM BLOGGING

Minggu lepas di laman web youthsay.com , aku terbaca la satu iklan tentang blogging project. Program nie khas untuk remaja sahaja. Hadiahnya RM500.. Wau!! Cayalah. So, setelah aku bca segala syarat dan peraturan, aku cam teragak-agak nak join. Kan apa, dia nak pilih 50org ja..

Jadi kat Malaysia nie ada berapa puluh ribu remaja. Tapi, fikir2 balek apa salahnya aku try. mana taw ada luck, dpt free2 ja RM500. Bila gi orang nak bagi Rm500 kat aku? Pak Najib pown xboleh. Kah3.. (dan lagi) So,setelah isi borang yang disediakan,aku pown confirm la..

Tak sangka lak aku telah terpilih..hahha..cayalah. So baru tadi dia anta mesej kat aku yang dia dah anta email kat aku. Dia nak aku reply email tu untuk confirm. aku pown reply la. Huahaha. Tujuan dia buat blogging project nie sebenarnya untuk menyelami la perasaan dan jiwa anak muda zaman sekarang nie.

So,start dari esok aku kenalah update blog aku tiap2 ari. Aku kena tulis mengenai 13tajuk yang diberi mengenai remaja. Dari 18-31 May nie. Tapi dia cakap kalo nak blogging kesemua tajuk dalam satu hari pown boleh..Tu kalo terlebih advance la..Kah3

Hope aku boley la membahas dan membentang idea aku yg kuno nie tentang tajuk yang dia bagi. Kah3. Memandangkan aku asyik dok lepak ja 24/7 kat rumah, apa salahnya aku try merefreshkan balik otak aku yang dah membeku selama 5bulan nie..Hahha,tunggu!

ROCK AVENGED SEVENFOLD!!!!



Do Click The Nuffnang ^.^ Thank You

Saturday, May 15, 2010

DIA PUNCA MALAYSIA KALAH?


Harapan Malaysia untuk merangkul Piala Thomas di gelanggang sendiri pada tahun 2010 ini hancur berkecai malam tadi apabila Malaysia ditundukkan oleh skuad Badminton Negara China. Dengan situasi bermain di gelanggang sendiri dan dihadapan ribuan penyokong tempatan, pemain perseorangan utama negara Datuk Lee Chong Wei tiba-tiba dijinakkan dengan begitu teruk sekali oleh pemain China, Lin Dan. Chong Wei tewas "straigh set" 21-17, 21-8 iaitu satu kedudukan yang amat tidak munasabah sebenarnya memandangkan beliau adalah ranking pertama dunia pada ketika ini.

Tambah memeritkan apabila perlawanan kedua melibatkan beregu pertama Malaysia juga ditewaskan "straigh set" oleh beregu China. Pasangan Koo Kean Keat dan Tan Boon Heong tewas kepada Cai Yun dan Fu Haifeng 21-15, 21-10.

Wong Chon Hann yang sedang berdepan dengan Chen Jing. Chon Hann tewas diset pertama 16-21 kepada Cheng Jin. Bagaimana pun nampaknya Chon Hann dilihat agak bertenaga untuk mengimbangi pemain China itu berbanding dengan Chong Wei. Namun nasib tidak menyebelahi beliau apabila turut rebah di set kedua 6-21, yang menyaksikan Malaysia gagal mara ke perlawanan akhir setelah tewas 0-3.


 Kenangan mengerikan bagi Dato Lee Chong Wei di kala hidungnya di celah ketiak Bik Mama


|KeRpLuNk|©: Kah3..aku no komen ar..aku saja ja copy-paste sebab nak tergelak..kah3..!!



Do Click The Nuffnang ^.^ Thank You

Sunday, May 9, 2010

ROUND ISLAND PINANG

Assalamualaikum..!!!! Seperti yang dikatakan aku dan member2 BP aku telah keluaq pi round Penang Khamis haritu. Motif utama kami keluaq adalah untuk mereleasekan tensoin dan juga sebagai hari2 terakhir mereka untuk menikmati saat2 indah sebelum lepa semua merempat kat matriks arini esok. Hahha.

So,pi just nek moto. Besa la. Orang miskin xmampu nak beli kereta nak bawak. Isk2.. Aku pi tumpang Sabirin ja. Saja nak reduce pengeluaran gas CO ke ozon. Save mother's earth. Kan apa sangat. Satu sep duit minyak. Satu gi duit feri kot..hahha.. Nek harga da wei. RM2 la ni..aiyoo!!

Betolak dari rumah kol 10pg. Sampai island dalam kol 10sengah lebey. Dan disitu, bertemulah kembali bersama insan2 yg telah terpisah selama 5bln..huaa!! sedih2.. Rindu gila kat hampa weyh. Kami pi just 6org ja. err.. Azam,Sabirin,Zamir,Amin,Iqram dan aku.

Banyak tempat yg dilawati dan first skali ialah Teluk Bahang.Mandi dekat 2jam pastu blah.. Sori xleh snap..takut 18SX sgt..

Tinggal 4org ja. 2org lagi da blah.Ada hal. Dari kiri: Aku,Zamir dan Azam. Kalo ada muka org len tu kira Sabirin la. Xyah habaq dah.

Gaya rockers yg sememangnya rock..haaahh!! R.I.P Jamie Sullivan..A7X drumer..oopss..xmaw lebih2 sgt..satgi xpasai2 kena cop munafik...


Bro..xyah bajet style la..nset tu kan abih betri ka?

Habis mandi-manda pi Balik-Pulau lak..lawat member kami, Fazril. Nak tgk jugak? Xyah la..dia xpakai baju..kalo upload malu la dia..Habis tu,da perut kosong pi la pekena nasik kandaq kat Kassim Mustaffa..aku sorang RM6..sendiri bayaq..hahha

Kat umah Fazril..

Habis makan pi semayang jap dan teruskan journey ke BJ.Ingat nak lawat la maktab kesayangan dan adik omroom aku..rindu seh..hahha..tp xlarat la..bru pi je aritu.


Kat BJ..wei awat cerah sangat muka hampa..NURRR ka?!

De, abih lepak BJ, kami lepak QB lak..tp xmasok la..juz dok kat tepi pantai yang indah ja..layan Bluez..!!

Orang bujang de..



wow..panorama..!!

 
Bro..senyum pa wei? dok usha cikaro ka?

ooo..cikaro nie ar ang dok usha..woi, jgn bro xpasal2 kena ligan ngan mamat tu satgi..hahha..

Lol..sedaq2,da nak senja..peramal cuaca (mak aku) pown da antaq signal kta dah ujan kat Matang Pasiaq..So,kami pown blah..dekat 10minit perjalanan,taufan pon melanda..so pecut cepat2 dan singgah Tesco utk meneduh..



Bersuci sebelum pi smayang bro..kui brapa la Birin?


seeeedaappp??? Birin dari td dok layan ayaq strawberry ja..xdak ayaq len ka? xcaya tgk ar..

Dah hujan sereyat kami pown singgah la kat Padang Kota. Tgk org wat projek..ooppss..cover cket..satgi kna lg munafik..!!

 
Set for sail...nie dia StarCruise..

Stakat nie ja percutian kami..dah abis..hope dpt bercuti ngan hampa lg camni bila2 nanti..so aku sampai rumah dalam kul 11mlm..wahh! dasyat tol..pening kepala aku de.. demam gak la aku keesokan arinya..

So,malam tu dan gak la aku on9.bukak fb dan YM..borink..Ym tgk ada sorang ja on9..aku pown menyapa la budak nie..tp no reply..byk kali da dia wat aku camni..xpa2..start ari nie aku xkan sapa hg lagi dah sampai kiamat..aku janji ngan diri aku sendiri..de,gua xheran la sama lu..poyo nak mampos..boleh blah la..!! tp sedih gak la aku..xbek ar clash2 camni sma member sendiri..xpa la..dia yg nak kot..!!aku pown kan kenai dia sgt pown..kenai gitu2 ja..kalo xsuka ckp la bebz..!! toksah la dok buat orang camni..kalo aku munafik,hg ni apa pulak de?? dah,chow..!!



Do Click The Nuffnang ^.^ Thank You

Wednesday, May 5, 2010

TENSION TAHAP KRITIKAL

Sejak kebelakangan nie aku rasa tension sangat. Rasa cam nak terajang orang ja untuk mereleasekan ketensionan aku. Nie semua kementerian punya pasal ar. Mangkok! Tak sistematik langsung. Ketensionan aku ni start apabila keluar result dari UPU ar. Aku pening nak pilih mana. Kementerian pown buat la satu tarikh fix untuk announce menatang nie.

Tak da masa untuk pikir nak pilih mana. Matriks 10aribulan da nak masok. U pulak dapat diploma ja. Semua nie salah aku ar. Bengong betol la. Apasal la aku pi mintak diploma masa mohon ari tu. Orang len tergedik-gedik nak mintak asasi aku sorang ja amik diploma. Result aku pown xla terok sangat sampai aku nak mintak diploma.Serr betol. Aku kannya apa. Time tu aku pon xtaw apa kejadahnya asasi nie.


Dengaq cam xbest ja. Aku pown amik ar diploma dalam choice tu. Dah mintak dia pon apa lagi..dengan senang hati ar bagi diploma kat aku. Mangkok2..Aku da putus asa sekarang. Nan tolong aku Nan!! Aku dok pening nie. Scholarship JPA pown hujung bulan lima nie bru dia gtaw. Hope aku dapat la.. Ya Allah..tolonglah aku..kalau JPA xmaw hantaq aku pi oversea hantaq dalam sea pown jadila..Aku xmaw diploma..!!!!

Aku pening sangat. Kalau aku pilih matriks dan tetiba aku dapat scholarship JPA aritu camna pulak? Dah satu hal nak kena bayar ganti rugi kat government yg bangang tu..!! Kalo aku amik risiko nak tggu JPA dan tetiba xdapat..da satu hal aku terpaksa la jugak amik kursus diploma tu..isk2..aku xmaw2!!

Nan bila hang ada rumah? aku nak luahkan perasaan aku nie..huaaa!!! Haritu turn hang..kali nie turn aku la pulak..!!! (So untuk melegakan ketensionan aku nie kawan BP aku telah mengajak aku dan member2 yang len untuk pi ronda Penang esok..mandi2..hope dpt la tenangkan fikiran aku nie..)

Di samping ini, aku ingin mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kedua pembedahan tangan kepada mangsa ragbi, Syazrul Ikhwan..semoga tangan anda dapat jadi kuat balik..Kah3..bila2 boley la sambung men ragbi balik nanti..



Do Click The Nuffnang ^.^ Thank You

Link Exchange


|KeRpLuNk!| Corporation © 2008. Sponsored by: Petr Ikhwan | A7X | Petr Ikhwan. Thanks to blogger templates