Laman web isu semasa dan politik yang terkenal masa kini telah diserang DDOS (Denial- Of-Service Attack), Serangan tersebut berlaku Jam 11 pagi (12.4.2011) dan menyebabkan semua pelayan (servers) Malaysiakini yang dihoskan oleh TM Brickfield dan Jaring gagal berfungsi serentak dan menyebabkan ia tidak boleh diakses oleh pembaca.
Buat masa ini MalaysiaKini meletakkan artikel-artikel mereka di Facebook Rasmi mereka pada bahagian NOTE, pembaca bolehlah ke Facebook MalaysiaKini untuk mendapatkan kemas kini mereka.
Ada sesetengah blog mendakwa perbuatan ini dilakukan oleh sebuah parti politik untuk melumpuhkan pihak-pihak tertentu semasa Pilihan Raya Sarawak nanti.