Semalam, seperti yang dijanjikan sebelum nie, aku datang la ke rumah senior aku dengan seorang senior aku jugak untuk menghadiri satu program agama khas untuk pelajar-pelajar muslim kat Curtin nieh. Kira dalam pukul 7.50 selepas sembahyang Isya', dia pon mai la menjemput aku. Haha.
Penceramah ni, dia datang dari KL kalau tak salah aku. Sebelum ni pon, aku dah kenal dah dia ni. Sebab, program-program usrah sebelum ni pon dia jugak yang dok bagi ceramah. Tapi dengan Skype jela. Tapi, semalam, boleh la dengar secara live walaupun buat kat dalam rumah ja. Tak kisah la. Janji boleh menyebarkan dakwah.
Dengan adanya program macam nie, sekurang-kurangnya dapat la jugak memberi impak walaupun sedikit kepada pelajar-pelajar di Curtin ni, yang merupakan pelajar-pelajar minoriti kat sini. At least, ade gak yang boleh bagi kita nasihat, bimbingan dan motivasi kepada diri aku dan member-member yang lain.
"Sebaik-baik kawan ialah, kawan yang dapat mengingatkan kita kepada Allah, di saat kita terlupa akan-Nya."
**********************************
So, malam ni apa cita? Haha. Perut tengah lapar ni. Hujan pulak spoil. Herh! Hmm, nak makan daging kijang ke daging rusa malam ni? Haha. Get it? Get it? Rusa ka Kijang?
Aku rasa nak makan daging rusa la malam ni. So kijang, apa lagi! Belasah rusa habis-habisan, boleh buat gulai aku nak makan malam ni. Haha