Kejapnya seminggu berlalu. Cuti seminggu yang diberi kini sudah pergi buat selama-lamanya. Sayunya hati.. So, seminggu dia bagi cuti, seminggu jugak la aku biarkan otak aku rileks dan mereput sehinggalah hari esok yakni tomorrow di mana kelas akan sambung semula.
Pening beb, dahla report chemistry pon tak siap lagi neh. Bukan setakat report, work plan pon tak siap2 lagi. Apa punya malas aku tak taw la. Nasib la JPA oi taja student camneh. Cuti ni, nak kata study, tak tera mana pon. nak kata enjoy pon, tak jugak. Ada sekali tu ja la pi Lambir. Hangpa nak taw Lambir tu apa menatang, hangpa Google la sendiri.
Aku nak tunjuk gambaq pon tak dak. Si Andy tu tak upload2 lagi kat fesbuk. Aku teringin jugak nak tengok gambaq aku. Maklumlah, lama tak amik gambaq. Sejak balik ke Miri neh, tak penah lagi la ada peminat2 nak amik gambaq aku. Sedih baq hang.
Aku pon xdak idea ni nak tulis benda apa. Lama tak mengarang. Selalu update pon, copy paste dari blog orang lain ja. Macam mana otak nak berkembang. Kalo nak harapkan Anmum Essential saja, sampai mati pon otak aku tak berkembang.
Disaat artikel ni ditulis, hujan kat luar tak henti2 pulak dok mencurah. Yeah, hujan membawa rahmat. No doubt about dat. Tapi, perut aku dok lapaq ni weh. Mana boleh tahan. Dahla member aku dok tunggu suruh pi amik dia dari pukui 6 tadi. Kesian kat hang. Sorry la, nak buat lagu mana. Kot mana pon, kena tunggu hujan seqeyat dulu la. Chow cincau! (pi minum Anmum sambil kedarah biskut Amirul)