Ni haa, mintak perhatian sikit. Sesape yang tak boleh bace post aku neh sebab dilindung oleh iklan nuffnang tuh boleh press CTRL key di ikuti + atau - key untuk zoom in atau zoom out.
Thank You For Visiting My Blog.....................Please do not hesitate to leave your comment or be as follower....................... And please leave your URL/Link, so that I can visit your blog back..................

Tuesday, November 2, 2010

Maafkan Ara...

Maaf..., entry ini agak panjang sedikit. Sediakanlah tisu atau payung sebelum membacanya... kerana ramalan kaji cuaca mengatakan hujan akan turun dengan lebatnya sebentar lagi... semoga menjadi tauladan kepada semua supaya menerima keadaan pasangan lu orang seadanya... wallahuaklam...






Gua dah bernikah sekarang. Isteri gua memang baik sangat2. Tapi dia tak seperti yang gua expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin, gua tengok dia memang sorang yang pendiam jer…, jarang gile cakap dengan lelaki. Member2 memang puji la cara dia. So memang susah jugak gua nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh…. Memang obvious lah kalau gua tegur. Tapi gua suka dia macam tu, so takda la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 dengan lelaki lain..

Cantik???

Memang laaaa...., kalau tak gua comfirm tak sangkut punyer. Haha... Cantik pada mata gua laaaa.... Member2 pon ada yang cuba usha…. Sori le... dia nak layan. Haha…. Memang market gua.... Last2 gua yang dapat, memang rasa bangga gilerrrr.... hehehe..

Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan. Hahaha....

Gua usha cara yang elok laaaa..., gi jumpa bapak dia dulu, gentlemen beb! Slowtalk dengan bapak dia. Err...., bapak dia nama Marzuki. Bapak dia ni jenis sound direct rupanya.. Perghhh.., memang kena kutuk kaw2 la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal tak anak dia? Gua cakap tak sangat. Bapak dia tanya lagi, kenapa nak kahwin dengan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab apa? Gua cakap tak tau.. Habis kalau tak dapat anak dia? Gua cakap nak jugak!!!! Bapak dia sound la..., “ko ni, camna ko nak kawin dengan orang yang ko tak kenal? Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu bapak dia diam, hahaha...


Masa tu rasa down giler... bhai.... Bapak dia macam tolak mentah-mentah je proposal gua.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta gua??? Huhuhu.... time tu gua dah terpikir nak usha calon lain jer…. Gua memang ada lagi sorang yang gua suka. Haa… yang ni gua memang kamceng giler…. wa cakap luuu…. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang serasi lah dengan minah ni…. Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.

Hari keputusan proposal gua akhirnya tiba. Keputusannya.. jeng.. jeng… jeng.. tak seperti yang gua jangkakan. Hahaha… gua ingat kena reject, sekali family diorang terima. Warghh….. happy giler... beb…. syukurrrrr..... Alhamdulillah.

So, memang sah la takda jodoh gua dengan Ika. Time gua bagitau Ika gua nak nikah, dia accept jer….. Kejam gila gua…. Dia kata semoga gua bahagia.. lepas tu kami dah tak jumpa.

Lepas akad nikah, kompomlah gua sebagai suami Ara. Happynya gua Tuhan jer… yang tau.. kat rumah dia macam biasa, cool jer.. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah gua tanya, setengah patah dia jawab. Kalau gua tak buka mulut, memang tak berbunyilah rumah kitorang.

Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi gua yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila gua cakap pasal something, dia macam blur... Macam tak supportive sangat. Last2 gua dah malas nak borak.. oh boringnya….  Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia jer… sengih. Cam yang gua buat kat bapak dia dulu. Psycho seyh..

Nak jadik lagi tensen, gua ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini gua pulak memang macam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas gua yang bersisa rokok pon, dia mesti batok.. tak bau asap rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu.. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang gua merokok..  kalau gian sangat pon gua merokok time kat ofis jer….

Isteri gua kerja hospital, bahagian obat-obatan.. Gua lak tak boleh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari2 gua yang hantar, ambik dia gi spital. Time ambik dia balik, memang hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So gua akan selalu bukak tingkap, nyaman sket.. hehehe…

Ada satu hari tu, masa hujan lebat. takleh bukak tingkap kete, gua dah memang pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lagi, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Kat hospital, doktor kata isteri gua keguguran akibat kemalangan tu. Hah….???

Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon tak tahu.. Ya Allah!!

Lepas kejadian tu gua terus suruh Ara benti keje. Dok rumah je.. gua dah korbankan rokok gua, so dia kena korbankan kerja dia. Gua dah tak tahan bau ubat!! Gua sorang kerja dah cukup untuk sara hidup kami!

Dekat setahun kami nikah, Ika tiba2 datang, dia kata masih sayang kat gua, nak gua ambik dia jadik bini no. 2.. perghhh… dia sanggup..

Alamak ni dah kes angau betol.. padahal gua baru jer kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat gua. Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia, yes gua memang tak kamceng mane dengan bini gua sekarang.. And banyak benda yang kami takda persamaan.

Ara memang tak banyak bercakap. Kalau gua cuba buat lawak, dia macam tak tangkap jer…. Sedih tol.. tak pandai nak borak. Kalau jumpa member2 gua lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sket. Kecuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama jer.... hahaha.... macam tu la isteri gua.. kadang2 bila fikir lucu pun ada jugak....

Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2.. Gua cuba biasakan diri dengan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba berhenti merokok waktu awal2 nikah dulu.. Ara pulak dah tak kerja, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi).. Gua bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Gua takleh menduakan Ara.. Gua memang sayangkan Ara. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu memang last kami jumpa.

Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la.. tapi dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan isteri gua. Bab2 agama, mengaji semua dia memang bagus. Anak gua Hafiz, memang dia trained elok2 ngaji Al-Quran. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi gua itu la investment yang sangat2 menguntungkan!

Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami tak seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari gua makin bosan dengan rumahtangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Gua pulak suka keluar lepak dengan kawan2. Makin lama makin jarang gua duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi2 gua dah kena gi kerja.

Dalam tempoh tu jugak, gua sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate gua. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis gua.. Berbekalkan muka yang agak ada market ni, dia macam sangkut lak kat gua. So… dialah yang selalu gua ajak keluar malam, teman gua borak2, kadang2 sampai pagi!

Gua sedar gua seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati gua.. Teringin nak kawin dengan dia, takot kecik hati si Ara pulak.. Dengan Lisa la tempat gua luahkan perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia tercarut2 siap kat gua. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.. Tapi gua memang terhibur bila dok dengan Lisa. Isteri gua kat rumah, dengan anak gua jarang sangat gua luangkan masa.. 

Ara sedar akan perubahan gua dari hari ke hari. Dia mula sedar gua ada pompuan lain. Satu hari dia bagitau, dia izinkan kalau gua nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. gua pelik, apa kaitan??

Dan gua terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat, make- up kat muka 2 inci macam takleh kena air, tak ambik air semayang ke? tak semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?!

So... gua postpone dulu hajat nak kawin dengan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan apa gua cakap. So.. sad!!!..

Ketika perkahwinan gua dengan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru gua diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah…!!!

Doktor bagitau, Ara dah lama sebenarnya kena barah (kanser tekak/tonsil) tu, penyakit yang akan buat dia selalu batuk, dan terpaksa menahan sakit bila bercakap! Gua rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia tak bagitau gua..???

Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia sekarang makin rosak akibat barah tu.

Jadi camana dia boleh ajar anak gua mengaji?

Doktor tu bagitau, memang ada ubat untuk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap jer.. Tapi Ara tak boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal…!!!

Gua buntu…..

Masa itulah baru gua terfikir, kami tak pernah bertikam lidah, tak pernah gadoh.. Mungkin itu hikmah dia.. Tapi gua tak sedar selama ni.. gua asyik tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan gua. Dan tak pernah luahkan derita kat gua..

Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara tak dapat bertahan lama.. Gua menangis depan doktor tu puas2, walaupun doktor pompuan. Gua dah tak kisah. Gua menyesal dengan cara gua layan Ara selama ni.

Dia dah bagi gua macam2, jaga makan minum, pakaian gua, ajar anak kami mengaji, memang tak pernah melawan apa gua cakap, apa gua suruh..

Gua suruh dia berhenti kerja dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan kerja dia.. Maafkan abang Ara..

Bila balik rumah nak mandi kejap, gua sempat tengok balik kenangan2 kami.. Gua belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami nikah dulu. Ada satu kotak jam, jam yang gua pakai sekarang.. gua terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!





1 Julai 2007,

Buat suami yang baru kupunya,

Terima kasih kerana menawarkan cintamu, Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu, Ara memang cinta padamu, Dan Ara menangis bila abang melamarku.

Buat suamiku yang baru kupunya,

Luaranku mungkin nampak sempurna, Luaranku mungkin ramai yang terpesona, Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka, Kerna suaraku bukan kepunyaan kita.

Buat suamiku yang baru kupunya,

Andai abang ingin melihat Ara ketawa, Ara hanya mampu tersenyum pada abang, Andai abang mahu Ara berjenaka, Mungkin Ara akan menangis dibahu abang, Kerana Ara tak mampu berbicara, Seperti orang lain berbicara, Kerana Ara tak mampu ketawa, Seperti orang lain ketawa.

Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang, Ara pasrah dan relakan abang menjauhi, Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang, Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..

Yang benar,
Isteri yang menyanjungmu.

*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..*

Berderai lagi airmata jantan gua. Kenapa gua tak terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa gua tak tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang?

4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri gua segala2nya.. dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah gua beri kat Ara?

Mulai saat tu gua jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang kerja ulang alik hospital. Masuk ofis pon kjap2. Anak gua bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu gua dah serabai gilerrrr…. Sangat tak terurus…. Baru gua sedar pentingnya Ara dalam hidup gua.

Dalam keadaan Ara yang agak lemah, gua minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Gua nak temani dia puas2. Gua nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu gua. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu gua akan simpan sampai bila2.

Dia tulis dia tak menyesal nikah dengan gua. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan gua. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha.. Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Gua dah tak mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada gua melihatnya.

“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah gua separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”

Gua tak tahu apa lagi boleh gua buat.. Gua bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..

Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Gua pasrah….. Kesedihan gua terubat bila gua lihat dia pergi dengan tenang. Sempat gua ajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu gua kucup buat kali terakhir.. innalillahiwainaillahirojiun… selamat menemuiPENCIPTA mu sayangKu…

Kini…, hampir 5 tahun usia pernikahan kami, tinggal gua dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara……

(Di petik dari email, tak tau siapa penulis asalnya, kredit kepada tuan punya artikel. Amat menyentuh hati….)  dicopy dari ikutsukaaku.



Do Click The Nuffnang ^.^ Thank You

Link Exchange


|KeRpLuNk!| Corporation © 2008. Sponsored by: Petr Ikhwan | A7X | Petr Ikhwan. Thanks to blogger templates