Ni haa, mintak perhatian sikit. Sesape yang tak boleh bace post aku neh sebab dilindung oleh iklan nuffnang tuh boleh press CTRL key di ikuti + atau - key untuk zoom in atau zoom out.
Thank You For Visiting My Blog.....................Please do not hesitate to leave your comment or be as follower....................... And please leave your URL/Link, so that I can visit your blog back..................

Thursday, December 9, 2010

7 Masjid Berkubah Emas Di Dunia

1. Masjid Qubbah As Sakhrah / Dome of the Rock di Jerusalem, Palestin
Masjid Qubbah As Sakhrah atau di kenal dengan Dome of the Rock dibangun pada sekitar tahun 690M oleh Abdul Malik bin Marwan yang merupakan salah seorang raja dalam bani Umaiyah dan kemudian diikuti dengan pembangunan Masjidil Aqsa yang selesai pada tahun 710M. Masjid ini dahulu, di anggap sebagai masjid Al Aqsa. Sebahagian orang juga menganggap bangunan ini bukanlah masjid melainkan hanya tumpukan batu besar.



2. Masjid Al-Askari di Samarra, Iraq 

Masjid Al-Askari merupakan masjid syiah yang dibina pada tahun 944 M. Masjid ini terletak di kota Samarra, Iraq. Namun sayangnya masjid ini hancur pada bulan Februari 2006 akibat pencerobohan Amerika terhadap Iraq.
3. Masjid Suneri, Lahore, Pakistan 

Masjid Suneri memiliki 3 kubah emas. Satu kubah utama, 2 lainnya di sisi kanan dan kiri. Masjid ini didirikan oleh Nawab Syed Bhikari Khan, anak Wakil Gabenor Lahore pada tahun 1753 M.


4. Masjid Jame’ Asr atau Masjid Bandar Seri Begawan di Brunei 

Masjid yang merupakan bagian dari kompleks Istana Bolkiah didirikan pada pertengahan tahun 1980-an untuk memperingati 25 tahun Sultan Hassanal Bolkiah berkuasa. Masjid ini memiliki 29 kubah yang terbuat dari emas murni 24 karat. Bangunan yang terletak di tengah taman yang asri ini mempunyai luas hampir 2 hektar lebih. Keseluruhan kawasan masjid ini dipagari dengan pagar-pagar besi dengan panjang kira-kira 1.082 km. Terdapat lima pintu masuk ke lokasi ini, disamping dua pintu khusus untuk keluarga kerajaan dan tetamu negara. Masjid ini memiliki 4 menara yang masing-masing tingginya 189 kaki, dimana ada sekitar 297 anak tangga pada setiap menara tersebut. Melalui menara ini, pengunjung boleh melihat pemandangan sekitar masjid dan juga pemandangan Bandar Seri Begawan dan Kampong Ayer.

5. Masjid Sultan Singapura
Tahun 1928, hasil dari Kongsi Dagang Inggeris sebanyak SGD 3000, Sultan Singapura telah merenovasi sebuah masjid yang berada di kawasan Little India. Perubahan lain juga dengan mengganti kubah lama dengan kubah emas. Masjid ini segera menjadi masjid terbesar di Singapura, sekitar 80-an.

Lain halnya di Singapura. Seberapa besar pon masjid dibangun di sini, tak 1 dB bunyi azan pon boleh dilantunkan. “Menganggu ketenangan,” kata seseorang. Walaupun muslim perlu pengingat solat yang unik seperti azan, tapi kerana pemerintah tidak memahami kepentingan “azan” maka azan dilarang bunyi. Kerana minoriti maka muslim di Singapura hanya boleh berdiam saja. Azan hanya boleh didengari di dalam ruangan masjid sahaja dan tidak sampai ke luar.

Satu-satunya (mungkin) masjid yang boleh membunyikan azan adalah masjid Sultan di sekitar Arab Street. Masjid Sultan adalah masjid kedua tertua di Singapura dan dikategorikan national heritage. Oleh sebab itu, ia mendapat pengecualian.

6. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin Brunei 
Brunei memiliki 2 masjid yang berkubah emas. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin adalah yang didirikan pertama kali. Mulai digunakan tahun 1958, masjid ini terletak di tengah danau buatan yang bersih. Kubahnya terbuat dari emas 24 karat. Kos pembinaannya menelan belanja sebanyak USD 5 juta. Pada zamannya, Masjid Sultan Omar Ali pernah dilabel sebagai salah satu bangunan yang terindah di dunia.

7. Masjid Dian Al Mahri di Depok, Indonesia
Masjid dengan kubah emas yang terbaru adalah Masjid Dian Al Mahri yang letaknya di Depok, Jawa Barat, atau lebih dikenali di Jalan Meruyung, Kelurahan Limo, Kecamatan Cinere, Depok. Masjid ini mulai dibina pada tahun 1999, dan di rasmikan pada bulan April tahun 2006. Masjid ini merupakan milik peribadi  Hajjah (Hj) Dian Djurian Maimun Al-Rasyid, seorang pengusaha dari Serang, Banten dan pemilik Islamic Center Yayasan Dian Al-Mahri.

Masjid ini luas bangunannya mencapai 8000 meter persegi dan berdiri di atas kawasan seluas 70 hektar. Secara umum, senibina masjid mengikuti tipologi arsitektur masjid di Timur Tengah dengan ciri kubah, minaret (menara), halaman dalam (plaza), dan penggunaan detail atau hiasan dekoratif dengan elemen geometri dan obelisk, untuk memperkuat ciri keislaman para arsitekturnya. Ciri lainnya adalah gerbang masuk seperti portal dan hiasan geometri serta obelisk sebagai ornamen.

Halaman dalam berukuran 45 x 57 meter dan mampu menampung 8000 jemaah. Enam menara (minaret) berbentuk segi enam, yang melambangkan rukun iman, menjulang setinggi 40 meter. Keenam menara itu dibalut batu granit abu-abu yang diimport dari Itali dengan ornamen melingkar. Pada puncaknya terdapat kubah berlapis mozaik emas 24 karat. Selain itu, kubahnya mengacu pada bentuk kubah yang banyak digunakan masjid-masjid di Parsi dan India. Lima kubah melambangkan rukun Islam, seluruhnya dibalut mozaik berlapis emas 24 karat yang materialnya diimport dari Itali.



Do Click The Nuffnang ^.^ Thank You

2 kritikan..!!:

hafizulkifli said...

kat brunei sume bende emas. bkn takat kubah je, paip nk amik wudhuk pn emas jgk. jom next sem pi brunei! ready passport merah je...

Petr Ikhwan said...

yess..!! haha

Link Exchange


|KeRpLuNk!| Corporation © 2008. Sponsored by: Petr Ikhwan | A7X | Petr Ikhwan. Thanks to blogger templates