Ni haa, mintak perhatian sikit. Sesape yang tak boleh bace post aku neh sebab dilindung oleh iklan nuffnang tuh boleh press CTRL key di ikuti + atau - key untuk zoom in atau zoom out.
Thank You For Visiting My Blog.....................Please do not hesitate to leave your comment or be as follower....................... And please leave your URL/Link, so that I can visit your blog back..................

Thursday, January 13, 2011

Najib Seronok Dengan Soalan #tanyanajib

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata beliau seronok dengan soalan yang diajukan kepadanya apabila beliau membuka peluang kepada orang ramai supaya mengemukakan soalan di laman sesawang Twitter miliknya.

Dan menurutnya, seperti yang dijanjikan beliau telah merakamkan video jawapan untuk beberapa soalan dari #tanyanajib #fb.







“Seronok membaca soalan kreatif anda. Saya sudah merakamkan video jawapan untuk beberapa soalan dari #tanyanajib,” katanya di akaun Twitter.

Selasa lalu, Najib membuka ruang selama sejam untuk menerima soalan-soalan ke laman berkenaan bermula jam 4.30 petang.

Berikutan itu, Najib menerima soalan bertalu-talu daripada para pengguna laman sosial berkenaan sehingga beliau melanjutkan masa, 30 minit lagi untuk menerima soalan yang diajukan.

Perdana menteri dikatakan mempunyai lebih 57,000 pengikutnya di laman tersebut.

Dengan purata 40 tweet sesaat, Najib dihujani banyak gembar-gembur isu, suara kekecewaan, malah tidak kurang juga tulisan yang menggelikan hati yang timbul.




***********************************************

Berikut disiarkan semula antara soalan berkenaan:

@NajwanHalimi: Nak #tanyanajib betul ke Rosmah pakai susuk dan main bomoh?

@HilmiIsmaill:
 #tanyanajib How does is feel to sleep next to Rosmah? Mendebarkan tak?

@MrKayMY: 
#tanyanajib @NajibRazak DS Rosmah ke Riyadh sbg wakil kerajaan Malaysia ke? Kalau ye, kenapa dia?

@kev_Q: #tanyanajib @NajibRazak Sir, I like your wife's album but where can I obtain the album karaoke version because YouTube seems to delete it.

@aleffush:
 Apa dalam rambut Rosmah?

@tashny:
 Who do you think would win in a fight: Batman or Darth Vader?

@dawsydozz: #tanyanajib apa rahsia bibir yang mengiurkan? Merah jambu gitu

@badkitteyh:
 #tanyanajib What do you think of CM Lim Guan Eng punya hairstyle?

@dearfirdaus: #tanyanajib kenapa masih ada rakyat malaysia berperangai seperti babun? lihat sendiri di sesi #tanyanajib . adakah kerana kurang didikan?

@faisalmustaffa: #tanyanajib ada jumpa Altantuya tak di Paris itu hari?

@jayong28: Kenapa Student uni tak boleh terlibat dalam apa-apa politik tapi budak 14 tahun tak habis PMR boleh kawin? #tanyanajib


@fareezakmal: #tanyanajib #fb Mengapa YAB PM kerap tweet dlm Ingeris dan bukan Bahasa Malaysia?

@NaqibMohamad:
 #tanyanajib altantuya ape citer? OMG! may she rest in peace.

@NatAsasi: @najibrazak #tanyanajib salam 1 malaysia, PM , boleh kah barang2 dan harga2 yang telah naik diturunkan kembali ? Mesti mustahil kan..

@eklern: #tanyanajib your official/non-official car , pump ron97 or you pun ambik subsidi ?

@aky103: #tanyanajib kepimpinan melayu atau ketuanan melayu?

@Sengkeat66: 
#tanyanajib kenapa ada sekolah lagi yang tak ada elektrik and air?KENAPA??

@akmalnasir: #tanyanajib mengapa12 tahun berturut-turut kerajaan Malaysia mengalami belanjawan defisit?

Aku pon tidak mahu terlepas untuk bertanya soalan2 kreatif nie kepada #tanyanajib..


HUAHAHAHAHAHA..*nak jugak

p/s Hang cakap kreatif la pak Jib oi..dah ada orang tolong tapis soklan2 tu kat hang..harap soklan aku dapat masuk youtube..Huahahaha. Kepada yang nak tengok lagi tweet2 berkaitan #tanyanajib nie sila klik sini.



Do Click The Nuffnang ^.^ Thank You

Link Exchange


|KeRpLuNk!| Corporation © 2008. Sponsored by: Petr Ikhwan | A7X | Petr Ikhwan. Thanks to blogger templates