Ni haa, mintak perhatian sikit. Sesape yang tak boleh bace post aku neh sebab dilindung oleh iklan nuffnang tuh boleh press CTRL key di ikuti + atau - key untuk zoom in atau zoom out.
Thank You For Visiting My Blog.....................Please do not hesitate to leave your comment or be as follower....................... And please leave your URL/Link, so that I can visit your blog back..................

Wednesday, February 16, 2011

Cerita Lawak Di Awal Era Komputer


Jim Cartlon, seorang wartawan Wall Street Journal, baru-baru ini mengumpulkan keluhan dari para pengguna komputer di Amerika.

Dan ternyata keluhan mereka jauh lebih “bodoh” daripada yang kita kira. Berikut petikan keluhan-keluhan pengguna yang “super dungu” itu :


1. Compaq pernah mempertimbangkan untuk mengubah perintah “Press ANY Key” menjadi “Press ENTER Key” disebabkan ramai yang menelefon menanyakan di mana letak kunci “ANY” di keyboard.



2. AST Technical Support menerima laporan pengguna kerana kesulitan menggunakan tetikus. Ketika pihak Techinal Support mengunjunginya, mereka mendapati mouse tersebut tidak boleh digunakan… kerana masih terbungkus rapi di dalam plastiknya. Penggunanya (seorang wanita) takut dengan mouse (tetikus) sehingga tidak berani mengeluarkannya dari dalam plastik. Takut diserang tetikus komputer?

3. Di tahun 1980-an, ketika disket masih berukuran besar, ahli teknikal Compaq pernah menerima keluhan seorang pengguna yang disketnya tidak dibaca oleh drive-disk komputer. Setelah diselidiki, ternyata pengguna itu sebelumnya memasukkan disket ke dalam mesin taip dan menaipkan label yang tertempel di disket itu.

4. Sebuah keluhan lain dari pengguna AST yang mengatakan disket mereka terkena virus yang susah dibersihkan. Petugas AST meminta orang itu mengirimkan salinan disket yang terkena virus itu untuk diselidiki. Beberapa hari kemudian, petugas AST menerima fotokopi disket dari pengguna tersebut.

5. Seorang pengguna DELL mengeluh kerana dia tidak dapat mengirimkan fax melalui komputer. Setelah diarahkan selama 40 minit melalui telefon, petugas DELL menemukan yang pengguna itu telah cuba menghantar fax melalui komputer dengan cara memegang kertas yang akan di fax di depan monitor, sambil menekan tombol “SEND” di monitor.

6. Seorang pengguna DELL lain mengeluh kerana keyboard yang digunakannya sudah tidak dapat berfungsi sejak dibersihkan. Ketika ditanya caranya membersihkan keyboard, dia menjelaskan, “Saya mencuci dan menggosok semua bahagian keyboard dengan sabun, dan membilasnya dengan air, lalu menjemurnya.”

7. Seorang pengguna DELL marah besar kerana tidak boleh menyalakan komputer yang baru dibelinya. “Semua sudah terpasang dengan baik. Tapi setiap kali saya tekan pedal kaki, tidak terjadi apa-apa.” Setelah diselidiki ternyata “pedal kaki” yang dimaksud orang itu adalah : mouse.

8. Seorang lagi pengguna DELL marah besar kerana komputer barunya tidak nyala. Dia menjelaskan semua sudah terpasang dengan benar, dan ketika dia menunggu selama 20 minit, tidak terjadi apa-apa pada komputernya. Ketika ahli teknikal DELL menanyakan apakah “power switch” sudah dinyalakan, dia balik bertanya, “Power switch apa?”

9. Berikut adalah tanya-jawab antara petugas Novell NetWire dengan seorang pengguna :
Penelefon : Hello, dengan Tech Support?
Novell : Ya, boleh saya bantu?
Penelefon : Tempat letak cawan di PC saya patah. Apa mungkin saya dapat menggantinya?
Novell : Tempat letak cawan? Apakah itu hadiah semasa anda membeli komputer?
Penelefon : Tidak. Tempat letak cawan ini sudah ada di komputer saya. Dan ketika saya meletakkan gelas saya di atasnya, tempat letak cawan itu patah. Yang saya tahu, di bahagian depan Tempat letak cawan itu ada tulisan “CD-ROM, 16X”.
(Saat itu juga, petugas Novell langsung mematikan telefon dan tertawa terbahak-bahak…)
 






Do Click The Nuffnang ^.^ Thank You

2 kritikan..!!:

Mr. Socko said...

Nasib baik la tempat letak cawan aku dvd-rom, 8x.. Tahan sikit.. Apa pun, memang best gak lawak ni tuan rumah..

Petr Ikhwan said...

hahaha...tenkiu

Link Exchange


|KeRpLuNk!| Corporation © 2008. Sponsored by: Petr Ikhwan | A7X | Petr Ikhwan. Thanks to blogger templates