Monday, April 25, 2011
Abenteuer - Abinchova [LYRICS]
Labels: aku lelaki
Dikarang oleh
Petr Ikhwan
pada
11:10 PM
Sunday, April 24, 2011
Page 'Cina Memang Babi' Di Facebook.
Tengah dok facebooking tadi, ternampak satu page Cina Memang Babi kat home wall aku. Celaka betol lepa ni. Tak habeh2 dengan kepala hotak racist. Orang yang tak pi sekolah ja yang racist tak tentu pasai.
So, kepada yang belum join page ni, jom join ramai-ramai kat sini dan report page ini kepada facebook admin. Cukup-cukup dok kutuk2 orang ni. Konon nak bela agama/bangsa tapi sebaliknya yang berlaku..
Labels: Melayu Bodoh, Semasa
Dikarang oleh
Petr Ikhwan
pada
12:29 AM
Saturday, April 23, 2011
Menipu Di Twitter
Hmmm, ok la. Aku sorang ja tertipu. Pastu masuk beringgit-ringgit dalam poket hang. Seronok tak kira la hang noo..? Halal haram belakang kira la. Peduli apa, betoi dak? Dia punya link, mampoih pi kat dia la nak tipu kat apa ka kan? Hangpa (termasuk aku) toksah dok buat kalot la. Kah kah kah! Tak pa la, aku tak heqan sangat pon, hang nak cari duit cara ni biaq kat hang la. Nak kata tak habaq, aku dah habaq dah kat dia.
Bukan nak kata dengki, tapi heqann, dalam blog sembang bukan men alim ulamak lagi. Tapi bab ni, menipu pulak. Haihh. Dah, maleh nak cakap banyak, aku pon bukannya perfect sangat pon. Cuma nak bagi nasihat ja. Nak cari duit pon agak-agak la, jangan sampai ghairah sangat sampai nak kencing orang nooo? Chow!
Monday, April 18, 2011
Lihatlah Wajah Orang Yang Kita Sayang Ketika Tidur...
Hikmah Melihat Muka Orang Yang Kita Sayang Sedang Tidur....
Melihat orang yang kita sayang pada saat dia tidur... .. Renungkan/lihatlah betapa sayangnya kita pada mereka... ..
Pernahkah anda menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur.
Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.
Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak polos dan jauh berbeza jika ia sedang tidur.
Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.
Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.
Sekarang, beralihlah. ... Lihatlah ibu anda... . Hmm... kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai- belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita. Orang inilah yang tiap hari menguruskan keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata- mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.
Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai..sayangi itu... Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya...
Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu.
Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.
Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur. Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya. Tanpa kata, tanpa suara dia berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini". Dan penyebab lelah dan penat itu? Untuk siapa dia berpenat lelah Tak lain adalah KITA... ..
Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, adik, anak, dan sahabat yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita.
Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua.
Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka "orang-orang terkasih itu" tak lagi membuka matanya, untuk selamanya ... "
ummulkasturi
Wednesday, April 13, 2011
Laman Web MalaysiaKini Diserang DDOS
Laman web isu semasa dan politik yang terkenal masa kini telah diserang DDOS (Denial- Of-Service Attack), Serangan tersebut berlaku Jam 11 pagi (12.4.2011) dan menyebabkan semua pelayan (servers) Malaysiakini yang dihoskan oleh TM Brickfield dan Jaring gagal berfungsi serentak dan menyebabkan ia tidak boleh diakses oleh pembaca.
Buat masa ini MalaysiaKini meletakkan artikel-artikel mereka di Facebook Rasmi mereka pada bahagian NOTE, pembaca bolehlah ke Facebook MalaysiaKini untuk mendapatkan kemas kini mereka.
Ada sesetengah blog mendakwa perbuatan ini dilakukan oleh sebuah parti politik untuk melumpuhkan pihak-pihak tertentu semasa Pilihan Raya Sarawak nanti.