Ni haa, mintak perhatian sikit. Sesape yang tak boleh bace post aku neh sebab dilindung oleh iklan nuffnang tuh boleh press CTRL key di ikuti + atau - key untuk zoom in atau zoom out.
Thank You For Visiting My Blog.....................Please do not hesitate to leave your comment or be as follower....................... And please leave your URL/Link, so that I can visit your blog back..................

Friday, January 7, 2011

Kemalangan Yang Menyayat Hati

Dari Blog BOM321


Salam
Semasa perjalanan balik dari kenduri jumaat lepas 28/5/10 kira kira 5.30 pm, di hadapan Kem Tentera Batu 11, Tanah Merah, Kelantan berlaku kemalangan diantara tentera dan sebuah motor sepasang suami isteri dari thailand . Yang menyayatkan hati hampir 1/2 jam kemalangan berlaku, tiada bantuan diberikan walaupun medic askar "berkeliaran" didalam kem tentera tersebut. Seorang yang kelihatan lagaknya seperti pegawai askar menjerit kepada medic untuk datang ketempat kejadian, tetapi di halang oleh MP untuk keluar dan mengambil masa yang begitu lama untuk keluar. Setelah berada lebih di tempat kemalangan lebih kurang 20 minit, saya meninggalkan tempat kejadian sebab nak solat asar. Dalam pada itu, ambulan awam dan tentera masih tidak kelihatan.
Kita tidak tahu siapa yang benar dan salah dalam kes ini, seelok eloknya layanlah mereka sebagai manusia,bukan binatang. Lihatlah beliau dan isteri beliau meraung kesakitan. Malah darah di kaki beliau sudah kering.. kesian yang amat. Terus saya ambil gambar dengan Nikon D90 saya sebagai rekod.

Saya rasa, kalau lah begini layanan / diskriminasi terkini tentera kepada orang awam, alamatnya mati dulu ler orang awam kalau berlaku apa apa. Yang mengejutkan lagi, 100 meter dari tempat kejadian ini adalah tempat kediaman Datuk Mustapha Mohamad.

Tolong sebarkan kepada blog yang perihatin kepada masalah rakyat dan raise the complaint, terutama nya face book mustapha mohamad kerana perkara ini berlaku di kawasan beliau. Kalau boleh forwardkan pada Hishamuddin agar tentera perlu lebih perihatin.

Wan Mohd






Serius kesian!





Do Click The Nuffnang ^.^ Thank You

2 kritikan..!!:

Mr. Socko said...

Serius.. Memang kasihan.. Lokasi kejadian berhadapan dengan kem tentera.? Dan berdekatan dengan rumah kenamaaan, tapi tiada bantuan kecemasan yang tiba.? Sifat prihatin dah semakin terhakis.? Cuba bayangkan kalau yang kemalangan tu kita sendiri, atau keluarga kita..Apa perasaan kita bila orang lain pula buat tak endah.. =.="

Petr Ikhwan said...

oh dunia..

Link Exchange


|KeRpLuNk!| Corporation © 2008. Sponsored by: Petr Ikhwan | A7X | Petr Ikhwan. Thanks to blogger templates