Ni haa, mintak perhatian sikit. Sesape yang tak boleh bace post aku neh sebab dilindung oleh iklan nuffnang tuh boleh press CTRL key di ikuti + atau - key untuk zoom in atau zoom out.
Thank You For Visiting My Blog.....................Please do not hesitate to leave your comment or be as follower....................... And please leave your URL/Link, so that I can visit your blog back..................

Friday, March 18, 2011

Chelsea vs Manchester United!

Klik gambar untuk berita asal.

Chelsea akan menentang seteru utamanya di EPL iaitu Manchester United di suku akhir Liga Juara-Juara Eropah. Perlawanan pertama akan berlangsung di Stamford Bridge dimana Chelsea sebagai tuan rumah yang kemudiannya akan berkunjung ke Old Trafford.

Ini sekaligus mengimbas kembali perlawanan akhir yang menyaksikan kedua-dua pasukan ini bertembung pada tahun 2008 di Moscow, Russia yang dimenangi oleh Manchester United melalui sepakan penalti.

Sekiranya Chelsea berjaya menewaskan United, mereka akan menentang pemenang antara Inter Milan atau Schalke 04 di peringkat separuh akhir. Ini tentunya akan memberikan peluang yang agak mudah bagi Chelsea untuk mara ke perlawanan akhir buat kali kedua.

Berikut adalah jadual penuh perlawanan suku akhir yang baru sahaja diumumkan sebentar tadi:

Chelsea vs Manchester United
Real Madrid vs Tottenham Hotspurs
Barcelona vs Shakhtar Donetsk
Inter Milan vs Schalke 04

Perlawanan suku akhir pertama akan bermula pada 5/6 April dan perlawanan timbal balik kedua akan berlangsung pada 12/13 April.



Do Click The Nuffnang ^.^ Thank You

Link Exchange


|KeRpLuNk!| Corporation © 2008. Sponsored by: Petr Ikhwan | A7X | Petr Ikhwan. Thanks to blogger templates